MYZA.CRAFTOnline shop

MYZA.CRAFT

Terma Pembelian

These terms are in Bahasa Melayu. In short: no returns for change of mind; damaged, missing or wrong items are replaced or refunded if reported within 3 days. The Malay text applies.

Berkuat kuasa: 13 Oktober 2026

Terma ini terpakai kepada semua pembelian daripada MYZA.CRAFT, jenama milik Myza Sabisu Enterprise (No. SSM: RA0031356-H), perusahaan milikan tunggal berdaftar di Malaysia, beralamat di LOT 20D, Arked MARA Taiping, Jalan Panggung Wayang, 34000 Taiping, Perak (“kami”). Dengan membuat pesanan, anda (“pembeli”) bersetuju dengan Terma ini.

1. Skop

Terma ini terpakai kepada pembelian melalui kedai online kami (shop.myzacraft.com), WhatsApp, Telegram, Shopee, TikTok Shop, Facebook, Instagram dan di kedai fizikal kami. Bagi Shopee dan TikTok Shop, polisi platform tersebut terpakai jika ia memberi perlindungan lebih kepada pembeli.

2. Pesanan

  1. Pesanan sah selepas kami mengesahkannya dan bayaran diterima.
  2. Pesanan yang belum dibayar dibatalkan secara automatik selepas 24 jam.
  3. Sila semak warna, kuantiti dan alamat sebelum membayar. Kami tidak bertanggungjawab atas kesilapan maklumat yang diberi oleh pembeli.
  4. Kami boleh menolak atau membatalkan pesanan (contohnya stok habis atau kesilapan harga). Jika berlaku, bayaran anda dipulangkan sepenuhnya.

3. Harga & bayaran

  1. Semua harga dalam Ringgit Malaysia (RM) dan ialah harga akhir. Tiada SST dikenakan.
  2. Harga boleh berubah dari semasa ke semasa. Harga yang terpakai ialah harga semasa pesanan dibuat.
  3. Bayaran boleh dibuat secara online di shop.myzacraft.com melalui gerbang pembayaran Razorpay Curlec (FPX, kad atau e-dompet, ikut kaedah yang dipaparkan), melalui pindahan bank atau e-dompet selepas pesanan disahkan di WhatsApp, atau di kaunter kedai. Butiran di Polisi Bayaran & Keselamatan.
  4. Harga borong dan syarat kredit dipersetujui secara bertulis secara berasingan.

4. Penghantaran & ambil sendiri

  1. Pesanan yang dibayar sebelum 2 petang pada hari bekerja biasanya dihantar pada hari yang sama; selepas itu, pada hari bekerja berikutnya. Kedai bercuti pada hari Ahad, Rabu dan cuti umum.
  2. Tempoh sampai bergantung pada kurier: biasanya 1–3 hari bekerja (Semenanjung) dan 3–7 hari bekerja (Sabah & Sarawak).
  3. Kos penghantaran dipaparkan semasa membuat pesanan.
  4. Ambil sendiri di kedai pada waktu operasi, selepas kami maklumkan pesanan sudah siap.
  5. Kami tidak bertanggungjawab atas kelewatan kurier, tetapi akan membantu menjejak dan membuat tuntutan dengan kurier.

5. Tiada pemulangan atau penukaran

  1. Benang yang sudah dibuka atau digunakan tidak dapat dijual semula. Oleh itu, kami tidak menerima pemulangan atau penukaran atas sebab tukar fikiran, termasuk salah pilih warna, lebihan bola atau projek yang tidak jadi.
  2. Pesanan tidak boleh dibatalkan selepas dibungkus atau dihantar.
  3. Perkara ini tidak menjejaskan hak anda di bawah Seksyen 6.

6. Barang rosak, kurang atau tersalah hantar

  1. Buat aduan dalam masa 3 hari selepas menerima bungkusan, melalui WhatsApp atau e-mel.
  2. Sertakan nombor pesanan, gambar barang dan bungkusan, dan video semasa membuka bungkusan (sangat digalakkan).
  3. Selepas disahkan, kami akan menghantar barang yang betul, menggantikan barang yang rosak, atau memulangkan wang bagi barang tersebut. Kos penghantaran semula kami tanggung.
  4. Pemulangan wang diproses dalam masa 7 hari bekerja selepas disahkan. Butiran di Polisi Pemulangan & Bayaran Balik.

7. Warna, batch & panduan

  1. Batch warna: satu pesanan mendapat satu batch bagi setiap warna. Benang dari batch berbeza (contohnya pesanan lain) mungkin berbeza sedikit tonanya; ini bukan kecacatan. Untuk satu projek, belilah semua bola sekali gus.
  2. Warna di skrin ialah anggaran (bergantung pada skrin dan pencahayaan) dan bukan alasan pemulangan.
  3. Panduan bilangan bola dan saiz jarum ialah anggaran sahaja; jumlah sebenar bergantung pada corak, saiz jarum dan ketegangan kait anda.

8. Kelas & workshop

  1. Tempat disahkan selepas bayaran diterima.
  2. Bayaran kelas tidak dikembalikan (lihat Polisi Tempahan), tetapi anda boleh menukar tarikh jika memaklumkan kami sekurang-kurangnya 3 hari sebelum kelas, tertakluk pada tempat kosong.
  3. Jika kami membatalkan kelas, anda boleh memilih tarikh lain atau mendapat pemulangan wang penuh.

9. Liabiliti

Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, liabiliti kami terhad kepada nilai barang yang dibeli, dan kami tidak bertanggungjawab atas kerugian tidak langsung. Tiada apa-apa dalam Terma ini mengurangkan hak anda sebagai pengguna di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999.

10. Data peribadi

Nama, telefon dan alamat anda digunakan hanya untuk memproses dan menghantar pesanan, dan tidak dijual kepada pihak lain, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

11. Hak cipta

Gambar, teks dan reka bentuk MYZA.CRAFT ialah hak milik kami dan tidak boleh digunakan tanpa izin. Jika anda percaya kandungan kami melanggar hak cipta anda, sila hubungi kami.

12. Lain-lain

  1. Terma ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia. Pertikaian akan cuba diselesaikan secara baik terlebih dahulu; pembeli juga boleh merujuk kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.
  2. Kami boleh mengemas kini Terma ini; versi terkini sentiasa di laman ini.
  3. Kami tidak bertanggungjawab atas kelewatan akibat perkara di luar kawalan kami seperti bencana alam atau gangguan kurier.

Hubungi kami