MYZA.CRAFT
Polisi Tempahan & Terma Perkhidmatan
Berkuat kuasa: 21 Oktober 2026
Polisi dan terma perkhidmatan ini terpakai kepada kelas dan workshop mengait MYZA.CRAFT (Myza Sabisu Enterprise, No. SSM: RA0031356-H) di kedai kami, Lot 20D, Arked MARA Taiping.
1. Perkhidmatan dan yuran
- Asas mengait: RM99 / orang (~3 jam). Pegang jarum, jahitan asas dan solid granny square, kemudian siapkan beg cermin mata anda sendiri. Untuk yang belum pernah · Termasuk Set Kelas Asas: 1 jarum + 1 benang Fanto pilih warna · Benang tambahan boleh dibeli di kedai · Berdua RM180.
- Amigurumi: RM129 / orang (~3 jam). Kait bulat, tambah dan kurang jahitan, isi kapas, cantum jadi patung kecil. Perlu tahu rantai & sc · Patung kecil ~10 cm · Bahan & corak bertulis termasuk.
- One-to-one: RM50 / jam (min. 2 jam). Sesi peribadi untuk projek sendiri, betulkan corak, atau teknik khas. Minimum 2 jam · Semua tahap · Boleh bawa projek sendiri.
- Kelas pada Isnin hingga Sabtu, 2–5 petang (Rabu dan Ahad tutup). Kelas tetap berjalan walaupun peserta seorang.
Yuran dan butiran kelas terkini sentiasa di halaman Workshop; jika berbeza, halaman Workshop yang terpakai.
2. Cara menempah
- Hantar permintaan di halaman tempahan: pilih kelas, tarikh, bilangan peserta dan tahap.
- Kami sahkan tarikh dan yuran di WhatsApp.
- Tempat disahkan selepas bayaran diterima.
3. Menukar tarikh
Tarikh boleh ditukar jika anda memaklumkan kami sekurang-kurangnya 3 hari sebelum kelas, tertakluk pada tempat kosong.
4. Pembatalan dan bayaran balik
- Bayaran kelas tidak dikembalikan jika anda membatalkan atau tidak hadir.
- Jika kami membatalkan kelas, anda boleh memilih tarikh lain atau mendapat pemulangan wang penuh, mengikut Polisi Pemulangan.
5. Semasa kelas
- Peserta kanak-kanak perlu dimaklumkan umurnya semasa menempah, supaya kami sediakan bahan yang sesuai.
- Bahan yang disediakan untuk kelas menjadi milik peserta selepas kelas.
6. Hubungi kami
- E-mel: myza.craft@gmail.com
- WhatsApp: +60 11-1045 6735