MYZA.CRAFTKedai online

MYZA.CRAFT

Polisi Pemulangan & Bayaran Balik

Berkuat kuasa: 21 Oktober 2026

Polisi ini terpakai kepada pembelian daripada MYZA.CRAFT (Myza Sabisu Enterprise, No. SSM: RA0031356-H) melalui shop.myzacraft.com, WhatsApp dan kedai fizikal kami. Ia sebahagian daripada Terma Pembelian kami.

1. Tiada pemulangan atas sebab tukar fikiran

Benang yang sudah dibuka atau digunakan tidak dapat dijual semula. Oleh itu, kami tidak menerima pemulangan atau penukaran atas sebab tukar fikiran, termasuk salah pilih warna, lebihan bola atau projek yang tidak jadi. Pesanan tidak boleh dibatalkan selepas dibungkus atau dihantar.

2. Barang rosak, kurang atau tersalah hantar

  1. Buat aduan dalam masa 3 hari selepas menerima bungkusan, melalui WhatsApp atau e-mel.
  2. Sertakan nombor pesanan, gambar barang dan bungkusan, dan video semasa membuka bungkusan (sangat digalakkan).
  3. Selepas disahkan, kami akan menghantar barang yang betul, menggantikan barang yang rosak, atau memulangkan wang bagi barang tersebut. Kos penghantaran semula kami tanggung.

3. Pesanan yang kami batalkan

Jika kami membatalkan pesanan (contohnya stok habis atau kesilapan harga), bayaran anda dipulangkan sepenuhnya.

4. Kelas dan workshop

Bayaran kelas tidak dikembalikan, tetapi tarikh boleh ditukar dengan notis sekurang-kurangnya 3 hari. Jika kami membatalkan kelas, anda boleh memilih tarikh lain atau mendapat pemulangan wang penuh. Butiran di Polisi Tempahan.

5. Cara dan tempoh bayaran balik

  1. Bayaran balik diproses dalam masa 7 hari bekerja selepas disahkan.
  2. Bayaran yang dibuat secara online (FPX, kad atau e-dompet) dipulangkan ke kaedah bayaran asal. Tempoh wang muncul dalam akaun anda bergantung pada bank atau penyedia kad.
  3. Bayaran melalui pindahan bank dipulangkan ke akaun bank atas nama pembeli.

6. Hubungi kami