Skip to Content

Kelas Mengait Asas September 2025

Tarikh: 18 September 2025 (Khamis) & 20 September 2025 (Sabtu)Lokasi: MYZA CRAFT @ Lot 20D, Tingkat 4, Arked MARA Taiping


Mengait Dari Zero: Kelas Asas Mengait untuk Pemula!

Pernah terfikir bagaimana nak hasilkan beg, selimut atau baju kait sendiri? Nak mula dari mana?

Jangan risau! Kami bawakan Kelas Asas Mengait yang direka khas untuk anda yang tiada pengalaman langsung. Ini adalah peluang terbaik untuk anda belajar mengait dari asas dan siapkan projek pertama yang boleh dibanggakan.


Maklumat Penting Kelas:

  • Harga: RM140 (sudah termasuk bahan-bahan seperti benang dan jarum kait). Anda bebas pilih warna benang kegemaran anda di MyzaCraft!
  • Tempoh: 3 jam untuk satu sesi yang padat.
  • Kapasiti: Terhad kepada 3 orang peserta sahaja. Kami utamakan kualiti pembelajaran, jadi anda pasti akan mendapat perhatian penuh dari pengajar.
  • Projek Akhir: Anda akan belajar dan menyiapkan sebuah beg cermin mata yang comel!

Apa yang Akan Anda Belajar? (Silibus Lengkap)

Silibus kami disusun secara langkah demi langkah, daripada teknik paling asas sehinggalah anda dapat menyiapkan projek mudah.

1. Asas Permulaan & Jahitan Utama

  • Magic Ring: Memulakan projek bulatan dengan kemas.
  • Single Crochet (sc): Jahitan asas yang paling penting.
  • Double Crochet (dc): Jahitan yang lebih tinggi dan cepat.
  • Triple Crochet (tr): Jahitan yang lebih tinggi untuk pelbagai efek.

2. Teknik Kemasan (Finishing)

  • Matikan Benang: Cara menamatkan kaitan dengan selamat.
  • Simpan Benang: Teknik menyembunyikan lebihan benang agar hasil nampak kemas.

3. Teknik Tukar Baris & Warna

  • Naik ke Baris Seterusnya: Belajar 2 cara untuk naik ke baris baru tanpa menukar warna.
  • Tukar Warna: Belajar 2 cara memulakan baris baharu dengan warna yang berbeza.

4. Teknik Solid Granny Square & Projek

  • Membuat Solid Granny Square: Versi granny square yang padat tanpa lubang.
  • Membaca Diagram Ringkas: Belajar memahami corak asas bertulis untuk solid granny square.
  • Mengolah Granny Square: Teknik untuk menggabungkan granny square menjadi produk.
  • Membuat Border: Menghasilkan kemasan tepi yang cantik menggunakan jahitan single crochet.

Hasil Akhir & Kelebihan Kelas Ini

  • Satu Projek Beg Cermin Mata Siap: Anda akan pulang dengan produk hasil tangan sendiri!
  • Bonus Nota & Diagram Bercetak + Digital: Rujukan lengkap untuk anda teruskan projek mengait di rumah.
  • Keyakinan Untuk Mengait Projek Seterusnya Sendiri: Dengan kemahiran yang dipelajari, anda boleh menghasilkan pelbagai produk lain seperti selimut, beg, atau baju.
  • Face to Face & Personal Coaching: Dengan kapasiti yang kecil, anda boleh bertanya sepuasnya dan dibimbing dengan teliti.

Lokasi, Tarikh & Masa

  • Lokasi: LOT 20D, Tingkat 4, Arked MARA Taiping
  • Tarikh:
    • 18 September 2025 (Khamis)
    • 20 September 2025 (Sabtu)
  • Masa: 2.00 petang – 5.00 petang

⚠️ Tempat Terhad! Hanya 3 orang per kelas dan cuma ada 2 tarikh sahaja. Rebut peluang sebelum penuh!

Cara Daftar

  1. WhatsApp / DM Kami: Semak tarikh kelas yang masih ada di whatsapp us contact us
  2. Buat Pembayaran Penuh: RM140 untuk menempah tempat anda. Pay Online atau melaLui TnGo MYZA SABISU ENTERPRISE
  3. Hantar Bukti Pembayaran: Sertakan bukti bayaran dan nama penuh anda untuk pengesahan dan maklumat berikut:
    1. Nama Penuh
    2. No telefon
    3. Email
    4. Anda kategorikan diri sebagai: Beginner atau Intermediate
    5. Alamat (optional)
    6. Tarikh Kelas (18 Sept: Khamis atau 20 Sept: Sabtu)
    7. Bukti Bayaran: Lampiran resit

Polisi Pembatalan

Jika anda terpaksa membatalkan penyertaan, bayaran boleh dipindahkan ke tarikh kelas lain jika masih ada slot yang kosong. Walau bagaimanapun, jika kedua-dua tarikh telah berlalu atau kelas penuh, bayaran akan dianggap hangus kerana tempat telah disediakan khas untuk anda.

in News
Sesuatu yang Kreatif Akan Hadir September Ini!