MYZA.CRAFTKedai online

15 Ogos 2025

Kelas Mengait Asas September 2025

Kelas ini sudah berlangsung. Kelas Asas mengait kini dibuka Isnin–Sabtu dengan yuran baharu. Lihat jadual dan tempah di halaman Workshop.

Pada 18 dan 20 September 2025, kami mengadakan Kelas Asas Mengait yang pertama di kedai kami, Lot 20D, Tingkat 4, Arked MARA Taiping (2.00–5.00 petang). Kelas ini untuk mereka yang belum pernah mengait langsung, dalam kumpulan kecil supaya setiap peserta dibimbing dengan teliti.

Apa yang dipelajari (silibus)

Silibus kami disusun secara langkah demi langkah, daripada teknik paling asas sehinggalah anda dapat menyiapkan projek mudah.

1. Asas Permulaan & Jahitan Utama

  • Magic Ring: Memulakan projek bulatan dengan kemas.
  • Single Crochet (sc): Jahitan asas yang paling penting.
  • Double Crochet (dc): Jahitan yang lebih tinggi dan cepat.
  • Triple Crochet (tr): Jahitan yang lebih tinggi untuk pelbagai efek.

2. Teknik Kemasan (Finishing)

  • Matikan Benang: Cara menamatkan kaitan dengan selamat.
  • Simpan Benang: Teknik menyembunyikan lebihan benang agar hasil nampak kemas.

3. Teknik Tukar Baris & Warna

  • Naik ke Baris Seterusnya: Belajar 2 cara untuk naik ke baris baru tanpa menukar warna.
  • Tukar Warna: Belajar 2 cara memulakan baris baharu dengan warna yang berbeza.

4. Teknik Solid Granny Square & Projek

  • Membuat Solid Granny Square: Versi granny square yang padat tanpa lubang.
  • Membaca Diagram Ringkas: Belajar memahami corak asas bertulis untuk solid granny square.
  • Mengolah Granny Square: Teknik untuk menggabungkan granny square menjadi produk.
  • Membuat Border: Menghasilkan kemasan tepi yang cantik menggunakan jahitan single crochet.

Hasil kelas

✅ Satu Projek Beg Cermin Mata Siap: Anda akan pulang dengan produk hasil tangan sendiri! ✅ Bonus Nota & Diagram Bercetak + Digital: Rujukan lengkap untuk anda teruskan projek mengait di rumah. ✅ Keyakinan Untuk Mengait Projek Seterusnya Sendiri: Dengan kemahiran yang dipelajari, anda boleh menghasilkan pelbagai produk lain seperti selimut, beg, atau baju. ✅ Face to Face & Personal Coaching: Dengan kapasiti yang kecil, anda boleh bertanya sepuasnya dan dibimbing dengan teliti.

Mahu ikut kelas seterusnya?

Silibus yang sama kini diajar dalam Kelas Asas mengait: 3 jam, termasuk Set Kelas Asas, dan anda bawa pulang beg cermin mata sendiri. Lihat yuran dan tarikh terkini di Workshop, atau baca panduan pemula dahulu.

← Kembali ke Berita